Monday, August 2, 2010

kesedihanku...

Assalamualaikum...

smlm sy bermimpikan dgn sebuah angan2 yg sy pernah impikan slama ini.. hehehe dan juga angan2 itu mungkin tidak akan menjadi kenyataan...

betapa sy rindukan saat2 dulu, semasa berada di sekolah rendah dan menengah... masa tu sy happy sgt, x mcm sekarang... hidup sy sangat terkawal... bukan maksud sy untuk memperkecilkan hak dan tanggungjawab ibu bapa sy cuma sy perlu sedikit kebebasan untuk mengejar cita2 sy yg slama ini sy idamkan.. cuba untuk berdikari sendiri, malangnya... huhhh xpe la... siapa la sy tanpa mereka...

perasaan seperti tidak dipedulikan menjadikan hati sy ingin memberontak.. cuma pemberontakan dalam hati je la... hehehe, kdg2 menangis sendiri, bercakap sorg2, mcm ada penyakit skizofrenia.. tp tu tak bermakna sy gila la ye... sakit hati juga bila apa yg kita mau tp tak dapat... kdg2 sy benci dgn kehidupan sy yg sentiasa berterusan mcm ni... there is no life, tiada keceriaan, buat itu buat ini pun tak dapat.

bukan sy sesali khidupan sy mcm ni, sy cuma berdoa agar satu hari sy akan jumpa diri sy yg sebenar sbagaimana yg sy mahukan, sentiasa berdoa kpd Tuhan agar dimakbulkan segala doa... tolong la diri ini agar tidak lagi melakukan kesilapan2 lalu... beri aku hidayahmu....

hahahahah skg sy gelak dalam hati, cuba untuk mengembirakan hati sendiri... mana la tau sedikit kegembiraan itu mampu untuk mengubat hati luka ini... dua tiga hari sblm tidur mesti menangis... ah sy da penat... sy xtau apa yg hati sy fikirkan... mungkin sy juga takut akan kehidupan sy d luar sana kelak.. mcm mana sy akan menyesuaikan diri apabila sudah bersedia, argghhh... kenapa dgn sy ni?? sy xtau apa yg sy mahukan... sebenarnya sy senang juga hidup mcm ni, cuma sy terlalu bosan mengulangi hari2 yg sama, tidakkah kamu pun spt itu... ?

No comments:

Post a Comment