Saturday, September 24, 2011
Sangsi Asmara Versi Nazirah
Assalamualaikum wbt..
WAH!!! hari ini ada artis lagi ni mau menyumbangkan lagu...
Hehehe actually hari ni saya ada masa lapang jadi saya pun bermain muzik la, kesian juga keyboard di rumah ni berhabuk sudah tidak kena main...
Dan ini memang amaran dari saya .!!! saya bukan mau mintapuji upload ini video OKEY!!!
Sebab saya suka. Walaupun saya tahu suara saya memang tidak akan laku di pasaran jadi cukuplah sekadar muatnaik di blog ini sahaja...
Hehehe saya kan memang suka muzik... jadi sy main la... Seperti yang saya pernah bagitau sebelum ini saya boleh bermain keyboard sikit sikit, kalau ada sumbang mambang itu tahan tahan je la telinga kamu mendengar muzik dan suara saya. Jadi enjoy sajalah persembahan yang agak serabai dari saya... Sangsi asmara lagu asal Hetty Sarlene... :)
Tuesday, September 20, 2011
Malam yang sepi
hai,
Malam ini saya tidak dapat tidur lagi.
Ok saat saat macam ni saya lebih suka dengar lagu macam ni..
Terimalah lagu Don't Dream It's Over oleh Sixpence None The Richer...
Saya rasa saya mau prektis ini lagu la sambil bermain gitar. Pedulilah kalau tidak ngam chord dia. Kalau mau champion terpaksa saya panggil gitaris ni band minta ajar the right chords.
Tapi bukan sekarang la nanti nanti je kalau saya ada masa lapang yang paling lapang dan terniat mau main gitar. Sebab saya lebih suka memasak.
Hmm apalah mau jadi dengan saya ni.
Ya Allah, bukakanlah pintu rezeki untukku. Janganlah Engkau jadikan aku manusia yang riak dan sombong. Lupa diri dan kedekut.
Usaha sudahku jalankan hanya menunggu hasilnya berbuah.
Semoga diperkenankan..
Well, akhir akhir ni saya macam ada rasa sesuatu. Tapi entah saya pun tidak tahu apa dia.
Ah!! takkanlah..?
Hehehe... adoiii takkan ditunda lagi?
Macam mana kalau asyik tertunda, adakah itu namanya bukan jodoh?
Huhuhu Sebab Tuhan tidak izinkan. Sampai sekarang saya tertanya kenapa asyik tertunda.
Mungkin Tuhan masih mahu memberi saya peluang untuk membuat pilihan yang terbaik.
Macam mana mahu memilih terbaik sebab orang itu tidak muncul muncul pun didepan saya.
Setakat ini dialah yang terbaik yang saya pernah kenal.
Sabarlah wahai hati...
Ada baiknya saya tidak gopoh dalam membuat sebarang keputusan yang bakal merubah kehidupan saya. Cuma keyakinan itu semakin berkurang dari hari ke hari. Bukan tidak sayang cuma belum bersedia untuk ada sebarang ikatan dengan sesiapa. Itu antara salah satu sebab kenapa saya belum bersedia. Sebab cita cita saya pun belum tercapai lagi. Cuma itulah kalau rezeki masih tidak menyebelahi saya, saya pasrah. Saya pun tak mahu hidup macam ni sampai bila bila. Semoga tidak ada yang berubah antara kami.
Friday, September 9, 2011
CINTA

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi
Perasaan cinta itu bermula dari mata, sedangkan rasa suka bermula dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan mencintai dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaNya itu.
Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)
Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.
Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata itu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dihatimu itu sekarang selagi ada hayatnya.
RAMADAN DAN SYAWAL 2011
Selamat petang dan bertemu lagi kita dalam ruangan ini.
wow sudah lama tidak memblog ni,. start dari bulan puasa hari itu saya sungguh sibuk menguruskan hal rumahtangga huahuahauahau. (wlpn blm kawen)
ye la, mana tidak kena memasak suma, buat kuih muih, memang buzy melampau la.
siapa lagi tukang masak kalau bukan i yg kiut miut ni, huahuahaua.. memang pass jadi bini org sdh ni...wahai lelaki2 sekalian kemarilah kamu meminangku. erkkk (mcm desperate sgt pula) oh tidakkk!!!
nanti frust menonggeng la encik abang yg satu tu. yah, bercakap pasal kuih raya yg saya sempat buat adalah mcm almond london, tart strawberi, biskut kacang, ulat bulu, biskut jintan manis, kuih makmur, batang buruk dan adalah beberapa jenis kuih/biskut yg ktorg main beli je (biskut tunjuk) hehee mcm kuih cincin, kuih jala, dan biskut moden dlm 2 3 jenis..
memang kna kuat la dalam bulan puasa ni lagi2 bila time buat biskut, itu aroma sungguh mencengkam kalbu, dia punya bau memang sedap... kalau tak tahan kompom batal puasa.. hehee tp sy tidak la sampai mcm tu...
utk baju raya pula sy sempat pegi tailor wat baju 2 pasang je... dua2 warna hijau tapi berlainan pattern. buat banyak2 pun bukan kna pakai suma juga. masih banyak lagi baju raya saya tahun2 sudah. tak bagus membazir kan.. cuma itu la sy heran ingatkan masa puasa boleh kuruskan badan, ini lain pula cerita, makin berisi... itulah penangan air sejuk time berbuka puasa... tidak pandai berpantang huhuhu. apalah nasib badanku ini. i'm sori k..
beralih pada hari raya 2011 ni, huhuhuhuh lagi la sandiiii.. tidur yg tak cukup start dr malam takbir... kitorang buat open house dua hari berturut2... memang penat tapi cukup mengembirakan sebab kami sekeluarga dapat berkumpul... mamaku, bapaku, abangku, adik lelakiku, dan adik perempuanku.... hehehehe... ayah sengaja suruh buat open house 2x sebab raya 1st tu khas untuk kwn2 dia yg mahu dtg beraya.. raya 2nd pula baru untuk saudara mara..
then raya ke3 kitorg balik kampung... kesian saya tiada masa pegi beraya tempat kwn2 yg menjemput...
tapi syukurlah pada raya yg ke5 kawan karib saya dah sah menjadi isteri org.. dia nikah dan sanding pada hari yang sama... bersama dengan cik abang,kami hadir dalam majlis yg sungguh meriah itu.. tahniah jueeeee...
dan satu lagi, saya mendapati hari raya tahun ini adalah hari raya yang paling suram berbanding raya2 lepas... mungkin sebab makin tua kali kan... gambar raya pun tiada.... kesiannnnn...
ok la.
mau masak dulu... makan awal dan tidur awal..
daaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....
Friday, July 29, 2011
Hati ke Hati
ini semua sebab orang itu. takpe takpe. saya tidak kisah pun...
huhuhuhu (napa nazirah?, ko sakit hati ke? padan muka ko) hahahaha.. siot la... isk isk isk. (siapa suruh ko banyak sangat tanya dengan orang tu,, ko dah tau dia penat dan pa, patutnya ko diam je) okeh okeh. i surrender. mintak mahap. tapi sorry to say... no sms or call for a month... ini lebih baik. jap iklan dulu..
kenapalah jiran kt atas tu bising sekali. kok mau berantem jangan bising2 sampe kedengeren dibawah, cian deh ama istri loh jangan disakitin dong. jangan gaduh2. isk bikin spoil mood mau menaip jak... (bahhh champion sudah saya bercakap indonesia ni)
ok sambung... tadi baru je selesai bersms dengan best friend saya si enny.. thank you enny. kata2 dia yang berbaur nasihat memberi semangat kepada diriku ini. chewahhh. bukan masalah besar ponn.. (apala ko ni nazirah, kata kuat) ehehehhehe.
baiklah, sekarang ni saya sedang mendengar lagu ala2 zapin gitu. lagu dari ramlah ram. ini lagu saya suka dari zaman sekolah lagi. lirik yang membawa seribu erti...
Antara sayang antara cinta
Mana pertama mana kedua
Pertama cinta kedua sayang
Bagai serupa tapi tak sama
Nilainya cinta yang suci
Hanya padaNya
Cinta yang subur pedoman
Kita berdua
Indahnya bunga diseri kumbang
Indahnya bulan di pagar bintang
Wangian cinta dari renungan
Haruman kasih mata bertentang
Makin ku tahu sedalam setinggi mana
Makin ku tahu sedalam setinggi mana
Secuit kasih lain rasanya
Selembut cinta bagai lukisan
Antara dua beda rasanya
Kalaulah boleh bukan hiasan
Enak bercinta mungkin khayalan
Biar berkasih tetapi nyata
Dalam bercinta semua sedia
Di alam kasih di cari bersama
Setenang cinta tersusun bahasa
Jalinan kasih dua, tertanggung berdua
MARI KITA KETAWA SAMA SAMA
Topik saya pada kali ini adalah topik yang saya kopipes entah dari siapa penulisnya. tapi selepas saya membaca cerita itu tali perut saya hampir terputus dek kerana ketawa yang agak saya bagi slow motion sebab saya nak control ayu. Baiklah, cerita ni saya dapat dari external hard disk adik saya dimana saya telah mejumpai banyak cerita cerita kelakar di dalamnya. Tapi bukan semua kelakar pun. Yang ini je saya rasa paling kelakar nak mampus time baca... Sebelum itu saya syorkan anda tarik nafas panjang sebelum memulakan pembacaan cerita ini. Dan yang paling utama bak kata dalam lirik lagu kumpulan nasyid RAIHAN, 'dimulakan dengan Bismillah' dan selepas korang habis baca pandai pandai korang la nk kata apa. okey. check it out!!!!
Tajuk cerita ni TELUR REBUS
Aku ada cerita ni... lawak la jugak.. tapi jangan
ketawa tau... Aku baru berkahwin setahun yang lepas
dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja
sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu
kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu
kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.
Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi
petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak
aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan
meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak
pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak
sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..
Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja,
tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku
katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab
lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur
rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus..
lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk
diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur
rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je
kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas
dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku
masuk kerumah,i steri aku tiba-tiba cakap dia ada
'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup
mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang
kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan
Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka
ikatan yang menutup mataku.
Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi
malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun
tahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi
mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan
kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega
rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji
telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu
la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu
das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! .. fuh bau jangan cakap
beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai
tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah
macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar
bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu
isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise
dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku
rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu..
lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin
taufan tu... PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegar
sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau
dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau
dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga
atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut
'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau
bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan
minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!!
HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata
aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa
ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus
melopong... ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka
merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar
aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku
dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? jadi
aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua
aku. 'dah lama ke pak sampai?'.Dan pak mertua aku pun
jawab.'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!'.:
habih :.
Sekian.. inilah kisahnya.. kalau tidak lawak bagi korg mungkin ada wayar terputus tu.. ahakzzz
sampai bertemu lagi
assalamualaikum..
Thursday, July 14, 2011
MENUNGGU KEPULANGAN DAN LESEN D
diucapkan kepada pembaca setia sy (kalau ada larr). hehehe. hari ni hari Jumaat. hari yang penuh berkat...
Actually saya di sini sedang menunggu kepulangan adikku yang tersayang sekali siapa lg my youngest sister le. dia la kawan sy dunia akhirat selaku P.A saya.. (jahat sekali kakaknya ni) huahuahauahua. adik tetap adik, inilah kelebihan orang yg bergelar kakak.ada kuasa veto sikit terhadap adik2... adik sy ni memang very the cumil, paling rajin, paling pembersih dan tak byk cakap (kontra sikit sama kakaknya ni).
pulanglah adikku cepat, maybe petang ni dia sampai, nek teksi je.. sori la x dpt amik ko.. lg pun cuti mid term je, 1 minggu so ko x bwa byk barang balik rumah kan... biar lah kakakmu d sni rehat2, goyang kaki sambil taip2 entah apo2 ntah... huahuahau. ok la saya pun tak tau apa yg sy merapu ni.. mari kita bercerita pasal hal lain.
oklah, sy akan membawa dan menceritakan kpd anda tentang pengalaman saya sewaktu menjalani ujian untk amik lesen kereta. dia punya nervous bukan kepalang. kalau setakat ujian komputer tu paling kacang, saya baca manual 1 hari ja. jawab 500 soalan, esoknya test hehehe salah jwpn 3 ja jd markah saya ialah 47/50.. i dun mind sbb itu kira terbaik la kan drpd mengulang, sbb sy memang x suka pkara yg berulang2 ni, bikin penat je. okeh itu pass. masuk pula bengkel, mcm biasa sy ok, pastu kelas memandu amik 8jam je wlpn sblm ni start enjin keta pun xreti, sbb teda masa mau ambik tau pasal keta. memang terer la sy spatutnya sy kna amik yg 16jam tp sy memang mengada2 sbb x suka perkara mcm ni dilambat2kan..
ada sekali tu tutor bwa sy kuar pegi jalan raya besar, mula2 nervous jg, lepas 4 jam sy x ingat dunia da kesiokan melampau, hahaha ada skali tu masa kuar dr simpang3 ngam2 masa tu lori besar lalu dr sebelah kanan, bleh2 sy x pijak brek, nsb baik tutor sy tolong pijak kalau tak inalillah sudah... 'lebih kurang mcm ni dia ckp lepas insiden tu'.
tutor: aiya mcm mana kamu ni, stiap kali mau kuar dr simpang kena perhati kanan dan kiri ada kereta lalu atau tidak, jangan main belasah ja, sy ada anak di rumah, kalau saya mati, saya sayang nyawa saya. mcm kamu juga kan, kamu lagi kesian belum kawin, sayang la, dan bla bla bla bla ..... tiba2 dia jd penceramah tersohor, huahiuahuahauahua,
saya: sorry cikgu, sy tidak perasan ada lori sbb byk sgt kereta sy tgk (cover sikit, lgpun sy x pakai spek mata masa tu) pening kepala sy cikgu, aduh.. (supaya tutor tu berhenti bcakap.
lepas tu tutor sy pun ceria kembali. mungkin dia agak terkejut dengan insiden tadi, dia bukan main trust dengan kebolehan sy tp x sangka sy boleh lakukan kesilapan itu, im sorry teacher. lepas ni akan bhati2... itu bru dua jam pertama kelas memandu... lepas tu semakin ok.. dan tibalah pula untuk test JPJ (dalam litar)
untuk hr tu debaran amatlah kuat dlm hati, sejuk seram, mengalahkan ke'nervous'an buat presentation kt depan ataupun menghadiri sesi temuduga, sikit2 mau terkucil, sy xde masalah sgt dlm litar cuma time nek bukit tu kadg2 pndai terover limit tu keta naik, nasib sy ok masa tu, abang polis jpj tu pun mcm heran tgk sbb sy nampak mengeletar kot. bukan saya sorg je yg nervous, ada pakcik2, makcik2 yg lebih nervous dr sy, nampak sgt muka dorg pucat kahkahakahakah.. nsb baik lulus tiga2 bahagian untuk sekali jalan jak yiihiiii..
thank you Allah sbb memberkati sy sepanjang sy menjalani ujian memandu hr tu..
Pada 28hb Jun lalu sy da dpt PRE test liscene D. tunggu dua tahun lagi.. terima kasih juga diucapkan kpd abang jpj tu sbb baik hati sgt bg sy lulus, wlpn masa nk start jalan tu lupa check gear. cisssskek!!!