Monday, December 26, 2011

Saya Tunangan Orang...

Assalamualaikum wbt..
bertemu lagi kita dalam ruangan ini... Wah sudah lama saya tidak meluahkan perasaan yang terbuku di hati.. Aiseymen... Nak bagitau satu dunia ke cik adik oiiii... hehehe tak la... sekadar meluahkan rasa dalam blog ini tidak salah kan... Asal bertempat dan tidak mengaibkan orang lain...

11 Disember 2011 ada apa dengan tarikh ini? well well well.. ini la tarikh yang telah si dia tetapkan untuk datang ke rumah saya. Untuk apa? untuk mengikat tali pertunangan dan ibu kesayangannya telah pun menyarungkan cincin di jari manisku... baru tunang, belum nikah okeh.. :)

Dan seperti biasa. setiap perempuan akan berasa 'nervous' bila majlis pertunangan berlangsung, ye la, di khalayak orang ramai, disertai ibu bapa masing2, lagi2 time nak sarung cincin tu. nasib baik tangan saya tidak bergegar masa cincin disarungkan hehehehe.. Thank You Auntie. Macam tak percaya saya sudah menjadi tunangan orang. hehehehe.

Actually kan, say tak bersedia sepenuhnya lagi untuk majlis tu... apa tidaknya esok majlis malam tu baru sibuk mengemas and lap cermin semua, majlis tu kitorang buat dekat rumah baru di kampung baru yang susah orang nak datang.. jauh sangat dari kesibukan kota, rumah tu masih kosong perabot pun tak lengkap, almaklumlah rumah baru, kitorang pun tak pernah lagi bermalam di rumah itu... hehehe kesian juga rombongan yang datang sampai ada yang hampir sesat... hahahahaha... well terpaksa la ikut sebab itu kemahuan mama I okeh... Kalau tak sanggup datang tak payah datang especially kepada tunangku itu, Alhamdulillah.. datang juga korang rupanya.. hehehehe

ERMMM
Apa yang best selepas bergelar tunangan orang?? ermm tiadala juga yang bestnya, tetap masih macam dulu..
Cuma ada beberapa perkara yang amat saya kesali... Ramai kawan kawan merajuk sebab saya tidak invite mereka ataupun bagitau mereka yang saya nak bertunang. Yang tahu saya bertunang cuma kawan2 rapat saya n orang yang saya percaya je.. family n saudara of kos la tau, lagipun majlis tu dibuat secara kecil2an je.. adoiiiii pening juga. hehehe tapi jangan risau time kawen saya trus buat press conference ni.. ahahahaha (melampau nk mampus) ahahahaha.. sekiranya jodoh memihak kepada kami InsyaAllah, saya akan khabarkan kepada semua... sebab baru tunangan la saya malas nak hebahkan takut tak jadi..... :(  insyaAllah doakan kami ye...


Gambar semasa menunggu pihak rombongan tiba... huhuhu....