Wednesday, September 28, 2011

Perempuan Baik atau Perempuan perampas

Dulu aku seorang yang pendiam, sekarang pun aku masih seorang yang pendiam. Kenapa?? Sebab aku memang jenis yang pendiam dan selalu diam. Tapi diam diam aku ni aku masih pandai berkomunikasi dengan orang. Aku masih punya ramai kawan kawan yang sedia membantu aku.

Apa la saya punya ayat merapu tengah tengah malam macam ni. Sebenarnya saya baru terjaga dari tidur. Macam payah sikit mau lelap balik. Tapi tidak apalah. Mungkin time menaip ni mood tidur saya datang balik. Bagus kalau dapat tidur kan. Tidur saya tidak teratur kadang kadang tidur awal kadang kadang tidur lewat. Bergantung pada mata saya ni. Kalau dia sudah berkedip kedip haa itu tandanya dia mau suruh tutup sudah.. Dia pun mau berehat sebab satu hari kena habuk yang masuk di dalam body dia. (mata ada body ke?) ok mungkin saya tengah mengigau sekarang ni. Entahlah tapi saya sedar juga saya sedang menaip ni. Mungkin di bawah sedar saya.

Tajuk yang saya buat pun entah macam mana saya boleh taip dengan selamba padahal tidak ada kena mengena dengan isi. Sekarang jam sudah menunjukkan jam 1.31am. Wah kalau di kampung ayam start sudah berkokok. Ya ka ayam berkokok jam 1pagi. Mungkinlah. Rindu saya mau dengar suara ayam berkokok. KUK KUKUUUUUUKKUUUUUU... Macam ni la tu bunyi dia.. Lagi lagi ayam jantan merdu betul kokokan dia. I miss u ayam. Nanti saya mau beli ayam la. Mau pelihara buat reban di belakang rumah. Bagus juga. Ayam boleh jadi alarm semulajadi untuk bangun tidur. Tidak payah set jam yang bunyi pun tidak original. Bikin sakit telinga ja. (yes!!! saya menguap sudah) satu perkembangan yang baik nih. Sabar sabar, harap harap lepas beberapa minit saya boleh tidur sudah.

Ok baru dua minit tadi saya rasa mamai sikit. Tapi tangan saya masih berdegil mau menaip. OK la mau tdiur la ni. slmt malm.

Saturday, September 24, 2011

Sangsi Asmara Versi Nazirah



Assalamualaikum wbt..

WAH!!! hari ini ada artis lagi ni mau menyumbangkan lagu...
Hehehe actually hari ni saya ada masa lapang jadi saya pun bermain muzik la, kesian juga keyboard di rumah ni berhabuk sudah tidak kena main...

Dan ini memang amaran dari saya .!!! saya bukan mau mintapuji upload ini video OKEY!!!
Sebab saya suka. Walaupun saya tahu suara saya memang tidak akan laku di pasaran jadi cukuplah sekadar muatnaik di blog ini sahaja...

Hehehe saya kan memang suka muzik... jadi sy main la... Seperti yang saya pernah bagitau sebelum ini saya boleh bermain keyboard sikit sikit, kalau ada sumbang mambang itu tahan tahan je la telinga kamu mendengar muzik dan suara saya. Jadi enjoy sajalah persembahan yang agak serabai dari saya... Sangsi asmara lagu asal Hetty Sarlene... :)

Tuesday, September 20, 2011

Malam yang sepi



hai,
Malam ini saya tidak dapat tidur lagi.
Ok saat saat macam ni saya lebih suka dengar lagu macam ni..
Terimalah lagu Don't Dream It's Over oleh Sixpence None The Richer...
Saya rasa saya mau prektis ini lagu la sambil bermain gitar. Pedulilah kalau tidak ngam chord dia. Kalau mau champion terpaksa saya panggil gitaris ni band minta ajar the right chords.
Tapi bukan sekarang la nanti nanti je kalau saya ada masa lapang yang paling lapang dan terniat mau main gitar. Sebab saya lebih suka memasak.

Hmm apalah mau jadi dengan saya ni.
Ya Allah, bukakanlah pintu rezeki untukku. Janganlah Engkau jadikan aku manusia yang riak dan sombong. Lupa diri dan kedekut.
Usaha sudahku jalankan hanya menunggu hasilnya berbuah.
Semoga diperkenankan..

Well, akhir akhir ni saya macam ada rasa sesuatu. Tapi entah saya pun tidak tahu apa dia.
Ah!! takkanlah..?
Hehehe... adoiii takkan ditunda lagi?
Macam mana kalau asyik tertunda, adakah itu namanya bukan jodoh?
Huhuhu Sebab Tuhan tidak izinkan. Sampai sekarang saya tertanya kenapa asyik tertunda.
Mungkin Tuhan masih mahu memberi saya peluang untuk membuat pilihan yang terbaik.
Macam mana mahu memilih terbaik sebab orang itu tidak muncul muncul pun didepan saya.
Setakat ini dialah yang terbaik yang saya pernah kenal.

Sabarlah wahai hati...
Ada baiknya saya tidak gopoh dalam membuat sebarang keputusan yang bakal merubah kehidupan saya. Cuma keyakinan itu semakin berkurang dari hari ke hari. Bukan tidak sayang cuma belum bersedia untuk ada sebarang ikatan dengan sesiapa. Itu antara salah satu sebab kenapa saya belum bersedia. Sebab cita cita saya pun belum tercapai lagi. Cuma itulah kalau rezeki masih tidak menyebelahi saya, saya pasrah. Saya pun tak mahu hidup macam ni sampai bila bila. Semoga tidak ada yang berubah antara kami.

Friday, September 9, 2011

CINTA


Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi

Perasaan cinta itu bermula dari mata, sedangkan rasa suka bermula dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan mencintai dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaNya itu.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata itu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dihatimu itu sekarang selagi ada hayatnya.

RAMADAN DAN SYAWAL 2011

assalamualaikum wbt

Selamat petang dan bertemu lagi kita dalam ruangan ini.
wow sudah lama tidak memblog ni,. start dari bulan puasa hari itu saya sungguh sibuk menguruskan hal rumahtangga huahuahauahau. (wlpn blm kawen)
ye la, mana tidak kena memasak suma, buat kuih muih, memang buzy melampau la.
siapa lagi tukang masak kalau bukan i yg kiut miut ni, huahuahaua.. memang pass jadi bini org sdh ni...wahai lelaki2 sekalian kemarilah kamu meminangku. erkkk (mcm desperate sgt pula) oh tidakkk!!!
nanti frust menonggeng la encik abang yg satu tu. yah, bercakap pasal kuih raya yg saya sempat buat adalah mcm almond london, tart strawberi, biskut kacang, ulat bulu, biskut jintan manis, kuih makmur, batang buruk dan adalah beberapa jenis kuih/biskut yg ktorg main beli je (biskut tunjuk) hehee mcm kuih cincin, kuih jala, dan biskut moden dlm 2 3 jenis..

memang kna kuat la dalam bulan puasa ni lagi2 bila time buat biskut, itu aroma sungguh mencengkam kalbu, dia punya bau memang sedap... kalau tak tahan kompom batal puasa.. hehee tp sy tidak la sampai mcm tu...

utk baju raya pula sy sempat pegi tailor wat baju 2 pasang je... dua2 warna hijau tapi berlainan pattern. buat banyak2 pun bukan kna pakai suma juga. masih banyak lagi baju raya saya tahun2 sudah. tak bagus membazir kan.. cuma itu la sy heran ingatkan masa puasa boleh kuruskan badan, ini lain pula cerita, makin berisi... itulah penangan air sejuk time berbuka puasa... tidak pandai berpantang huhuhu. apalah nasib badanku ini. i'm sori k..

beralih pada hari raya 2011 ni, huhuhuhuh lagi la sandiiii.. tidur yg tak cukup start dr malam takbir... kitorang buat open house dua hari berturut2... memang penat tapi cukup mengembirakan sebab kami sekeluarga dapat berkumpul... mamaku, bapaku, abangku, adik lelakiku, dan adik perempuanku.... hehehehe... ayah sengaja suruh buat open house 2x sebab raya 1st tu khas untuk kwn2 dia yg mahu dtg beraya.. raya 2nd pula baru untuk saudara mara..
then raya ke3 kitorg balik kampung... kesian saya tiada masa pegi beraya tempat kwn2 yg menjemput...

tapi syukurlah pada raya yg ke5 kawan karib saya dah sah menjadi isteri org.. dia nikah dan sanding pada hari yang sama... bersama dengan cik abang,kami hadir dalam majlis yg sungguh meriah itu.. tahniah jueeeee...

dan satu lagi, saya mendapati hari raya tahun ini adalah hari raya yang paling suram berbanding raya2 lepas... mungkin sebab makin tua kali kan... gambar raya pun tiada.... kesiannnnn...

ok la.
mau masak dulu... makan awal dan tidur awal..
daaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....