Friday, July 29, 2011

Hati ke Hati

sekarang menunjukkan jam 0016 bersamaan dengan hari Sabtu, Julai yang ke 30.. sudah 2 jam saya berhempas pulas untuk tidur tapi gagal. mcm mana la saya boleh selalu gagal part2 tidur ni. aiyeeeee. tapi tidak apalah. selalunya kalau saya tidak dapat tidur memang banyak la yang saya fikirkan tu. Dah la esok pagi (hari ni la tu) saya ada program nak ikut. aishhhhhh.. kacauuu la,..
ini semua sebab orang itu. takpe takpe. saya tidak kisah pun...

huhuhuhu (napa nazirah?, ko sakit hati ke? padan muka ko) hahahaha.. siot la... isk isk isk. (siapa suruh ko banyak sangat tanya dengan orang tu,, ko dah tau dia penat dan pa, patutnya ko diam je) okeh okeh. i surrender. mintak mahap. tapi sorry to say... no sms or call for a month... ini lebih baik. jap iklan dulu..

kenapalah jiran kt atas tu bising sekali. kok mau berantem jangan bising2 sampe kedengeren dibawah, cian deh ama istri loh jangan disakitin dong. jangan gaduh2. isk bikin spoil mood mau menaip jak... (bahhh champion sudah saya bercakap indonesia ni)

ok sambung... tadi baru je selesai bersms dengan best friend saya si enny.. thank you enny. kata2 dia yang berbaur nasihat memberi semangat kepada diriku ini. chewahhh. bukan masalah besar ponn.. (apala ko ni nazirah, kata kuat) ehehehhehe.

baiklah, sekarang ni saya sedang mendengar lagu ala2 zapin gitu. lagu dari ramlah ram. ini lagu saya suka dari zaman sekolah lagi. lirik yang membawa seribu erti...


Antara sayang antara cinta
Mana pertama mana kedua
Pertama cinta kedua sayang
Bagai serupa tapi tak sama

Nilainya cinta yang suci
Hanya padaNya
Cinta yang subur pedoman
Kita berdua

Indahnya bunga diseri kumbang
Indahnya bulan di pagar bintang
Wangian cinta dari renungan
Haruman kasih mata bertentang

Makin ku tahu sedalam setinggi mana
Makin ku tahu sedalam setinggi mana

Secuit kasih lain rasanya
Selembut cinta bagai lukisan
Antara dua beda rasanya
Kalaulah boleh bukan hiasan

Enak bercinta mungkin khayalan
Biar berkasih tetapi nyata
Dalam bercinta semua sedia
Di alam kasih di cari bersama

Setenang cinta tersusun bahasa
Jalinan kasih dua, tertanggung berdua


ok la, nampaknya saya terpaksa beradu walaupun saya rasa belum dapat tidur. kemonnn nazirah!!!! u can do it!!

MARI KITA KETAWA SAMA SAMA

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Topik saya pada kali ini adalah topik yang saya kopipes entah dari siapa penulisnya. tapi selepas saya membaca cerita itu tali perut saya hampir terputus dek kerana ketawa yang agak saya bagi slow motion sebab saya nak control ayu. Baiklah, cerita ni saya dapat dari external hard disk adik saya dimana saya telah mejumpai banyak cerita cerita kelakar di dalamnya. Tapi bukan semua kelakar pun. Yang ini je saya rasa paling kelakar nak mampus time baca... Sebelum itu saya syorkan anda tarik nafas panjang sebelum memulakan pembacaan cerita ini. Dan yang paling utama bak kata dalam lirik lagu kumpulan nasyid RAIHAN, 'dimulakan dengan Bismillah' dan selepas korang habis baca pandai pandai korang la nk kata apa. okey. check it out!!!!

Tajuk cerita ni TELUR REBUS

Aku ada cerita ni... lawak la jugak.. tapi jangan
ketawa tau... Aku baru berkahwin setahun yang lepas
dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja
sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu
kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu
kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.
Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi
petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak
aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan
meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak
pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak
sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..


Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja,
tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku
katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab
lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur
rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus..
lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk
diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur
rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je
kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas
dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku
masuk kerumah,i steri aku tiba-tiba cakap dia ada
'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup
mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang
kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan
Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka
ikatan yang menutup mataku.


Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi
malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun
tahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi
mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan
kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega
rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji
telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu
la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu
das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! .. fuh bau jangan cakap
beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai
tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah
macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar
bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu
isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise
dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku
rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu..
lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin
taufan tu... PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegar
sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau
dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau
dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga
atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut
'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau
bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan
minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!!
HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata
aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa
ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus
melopong... ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka
merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar
aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku
dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? jadi
aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua
aku. 'dah lama ke pak sampai?'.Dan pak mertua aku pun
jawab.'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!'.:
habih :.

Sekian.. inilah kisahnya.. kalau tidak lawak bagi korg mungkin ada wayar terputus tu.. ahakzzz
sampai bertemu lagi

assalamualaikum..

Thursday, July 14, 2011

MENUNGGU KEPULANGAN DAN LESEN D

Assalamualaikum wbt...

diucapkan kepada pembaca setia sy (kalau ada larr). hehehe. hari ni hari Jumaat. hari yang penuh berkat...

Actually saya di sini sedang menunggu kepulangan adikku yang tersayang sekali siapa lg my youngest sister le. dia la kawan sy dunia akhirat selaku P.A saya.. (jahat sekali kakaknya ni) huahuahauahua. adik tetap adik, inilah kelebihan orang yg bergelar kakak.ada kuasa veto sikit terhadap adik2... adik sy ni memang very the cumil, paling rajin, paling pembersih dan tak byk cakap (kontra sikit sama kakaknya ni).

pulanglah adikku cepat, maybe petang ni dia sampai, nek teksi je.. sori la x dpt amik ko.. lg pun cuti mid term je, 1 minggu so ko x bwa byk barang balik rumah kan... biar lah kakakmu d sni rehat2, goyang kaki sambil taip2 entah apo2 ntah... huahuahau. ok la saya pun tak tau apa yg sy merapu ni.. mari kita bercerita pasal hal lain.

oklah, sy akan membawa dan menceritakan kpd anda tentang pengalaman saya sewaktu menjalani ujian untk amik lesen kereta. dia punya nervous bukan kepalang. kalau setakat ujian komputer tu paling kacang, saya baca manual 1 hari ja. jawab 500 soalan, esoknya test hehehe salah jwpn 3 ja jd markah saya ialah 47/50.. i dun mind sbb itu kira terbaik la kan drpd mengulang, sbb sy memang x suka pkara yg berulang2 ni, bikin penat je. okeh itu pass. masuk pula bengkel, mcm biasa sy ok, pastu kelas memandu amik 8jam je wlpn sblm ni start enjin keta pun xreti, sbb teda masa mau ambik tau pasal keta. memang terer la sy spatutnya sy kna amik yg 16jam tp sy memang mengada2 sbb x suka perkara mcm ni dilambat2kan..

ada sekali tu tutor bwa sy kuar pegi jalan raya besar, mula2 nervous jg, lepas 4 jam sy x ingat dunia da kesiokan melampau, hahaha ada skali tu masa kuar dr simpang3 ngam2 masa tu lori besar lalu dr sebelah kanan, bleh2 sy x pijak brek, nsb baik tutor sy tolong pijak kalau tak inalillah sudah... 'lebih kurang mcm ni dia ckp lepas insiden tu'.

tutor: aiya mcm mana kamu ni, stiap kali mau kuar dr simpang kena perhati kanan dan kiri ada kereta lalu atau tidak, jangan main belasah ja, sy ada anak di rumah, kalau saya mati, saya sayang nyawa saya. mcm kamu juga kan, kamu lagi kesian belum kawin, sayang la, dan bla bla bla bla .....
tiba2 dia jd penceramah tersohor, huahiuahuahauahua,

saya: sorry cikgu, sy tidak perasan ada lori sbb byk sgt kereta sy tgk (cover sikit, lgpun sy x pakai spek mata masa tu) pening kepala sy cikgu, aduh.. (supaya tutor tu berhenti bcakap.

lepas tu tutor sy pun ceria kembali. mungkin dia agak terkejut dengan insiden tadi, dia bukan main trust dengan kebolehan sy tp x sangka sy boleh lakukan kesilapan itu, im sorry teacher. lepas ni akan bhati2... itu bru dua jam pertama kelas memandu... lepas tu semakin ok.. dan tibalah pula untuk test JPJ (dalam litar)

untuk hr tu debaran amatlah kuat dlm hati, sejuk seram, mengalahkan ke'nervous'an buat presentation kt depan ataupun menghadiri sesi temuduga, sikit2 mau terkucil, sy xde masalah sgt dlm litar cuma time nek bukit tu kadg2 pndai terover limit tu keta naik, nasib sy ok masa tu, abang polis jpj tu pun mcm heran tgk sbb sy nampak mengeletar kot. bukan saya sorg je yg nervous, ada pakcik2, makcik2 yg lebih nervous dr sy, nampak sgt muka dorg pucat kahkahakahakah.. nsb baik lulus tiga2 bahagian untuk sekali jalan jak yiihiiii..
thank you Allah sbb memberkati sy sepanjang sy menjalani ujian memandu hr tu..

Pada 28hb Jun lalu sy da dpt PRE test liscene D. tunggu dua tahun lagi.. terima kasih juga diucapkan kpd abang jpj tu sbb baik hati sgt bg sy lulus, wlpn masa nk start jalan tu lupa check gear. cisssskek!!!

Tuesday, July 12, 2011

Bila Si Dia Cuba Memujuk

Sebelum saya masuk tidur sy nak bercerita sedikit pasal Si Dia...
Hari ni bukannya sy tidak ceria cuma saya mcm kecik hati sikit bila si dia tak sms beberapa hr ni.. menciiiiiiiii. tau la busy/outstation lagi. So saya pun malas nak menganggu. ye la saya pun kena faham juga kerja dia mcm mana.. kalau sy kerja pun saya memang tak mau kena ganggu. Well, mungkin dia sedar sikit yang dia agak melupakan saya di sini. tapi saya tetap yakin. hehehe. dia tak pernah lupakan saya.

Baru saja dia call saya tadi, ayat2 memujuk dia tu saya da tau... suka buat lawak bodoh supaya saya ketawa n tak marahkan dia lagi. walaupun saya buat suara dingin tapi dalam hati ketawa berabis. dia slalu buat mcm tu.. menciiiiiiiiiiiiiii. saya cuba kawal perasaan saya supaya tak nampak yg saya da tak marahkan dia lagi. tapi saya selalu tewas walaupun saya tengah hot. haahahahaha... dia ja yang tak tau. bila saya makin tak layan dia, dia sedar diri, perlahan2 nak putuskan talian tapi dengan nada berjenaka.. I'm sorry. itu hukuman buat dia untuk hari ini okey. Esok saya tak marah lagi. Promise!!

Ok la. slmt malam.
Assalamualaikum..

MELBOURNE

Assalamualaikum wbt.

kemonnn sy mau pegi melbourne, bolehkah saya keluar sekejap dari Malaysia? Saya mau rasa suasana baru.. sy malas sudah terperuk ja d sini.. (tapi jiwa saya tetap di Malaysia okeh)

actually sy tidak kisah pun d mana sy kena bawa pergi, yang penting keluar dari Malaysia ini. untuk sekejap pun tidak apa. tidak kisah la d Melbourne ka, di New Zealand ka, lagi jauh lagi bagus. Biar tiada orang perasan,! biar orang tidak dapat cari saya. saya pegi mana2 pun suka hati saya la kan. kalau saya terpijak tu tanah Melbourne barang seminit dua pun jadilah, asal saya dapat pijak... kalau saya di sini macam saya susah mau gerak. 'Apa pun tak boleh'!! Tagline JAMBU.

Cepat la orang2 d luar sana, yang kaya kaya, yang hari2 pegi traveling jom kita bercinta, boleh juga saya tumpang sekaki join sama ikut korg pegi tengok tempat2 ajaib. boleh ka tu? tapi tidak apa la sebab yang kaya2 ni cepat sangat kena sapu.. biarlah saya pegi sendiri sendiri. ada satu tempat yang saya teringin betul mau pegi. biarlah menjadi rahsia saya. takut tidak menjadi pula disebut2.

the first thing is about money. duit duit duit...kalaulah saya ada kuasa magik petik jari terus keluar tu duit anytime saya boleh beli tiket trus terbang pegi mana2 ja yang sy suka. tinggal d awan terus pun bagus juga. tiada kekacauan, setiap kali saya merajuk atau tidak kena peduli boleh juga sy bawa diri sendiri kan pegi melancong.. punya best!!! Apa susah. hehehehe

ok saya macam mati akal sekarang ni mungkin sebab sy lapar. bagus saya pegi makan dulu.

Monday, July 11, 2011

My Girlfriend Is A Gumiho (serigala)

hai hai hai.... wah hari ni sy ceria sangat, senang hati entah kenapa, sehubungan dengan mood indah yg sy rasakan hari ini ingin saya kongsikan sebuah clip video dari korea. clip video ini dipetik dari drama MY GIRLFRIEND IS A GUMIHO (cewekku se'orang' serigala) hehehehe... dia punya lagu tema pun best, lagi2 dengan dua pasangan ini, hebat mereka melakonkan watak itu... dan sy sungguh "LIKE" 100x. hehehe



sekian dan terima kasih.
slmt malam.

Sunday, July 10, 2011

SAMBUNGAN SEBELUMNYA..

Aduh panas telinga bcakap dalam telefon tadi.. hehe tapi its ok. My friend just called me. since he was celebrating his birthday on 8th July ago, so ada la free call sminggu,nak dekat 3 jam kitorang bergayut.., ada2 je cerita dia. haha lucu. kitorang memang kenal dari kecil dan berkawan smpai skg. ok stop pasal tu.

erm nak cite pasal apa lagi ya, ok la jom saya cite kisah masa saya masih kanak kanak lagi. masa ni umur saya adalah dalam 7-8 tahun mcm tu. dulu saya rapat dengan abang sy sebab abang sy ada basikal.. mula2 skali abang sy kena beli beskal BMX, mak sy belikn utk dia. biasalah anak manja kan abang sy dulu. paling kena sayang. so start dari sanalah saya belajar nek beskal ni.. huahuahau nak tau, sy ni selagi tak pandai sy takkan berhenti nk main beskal tu. tengah hari buta sy belajar nek beskal sampailah ke petang, balik2 jatuh kaki berdarah, tak pandai jera... tapi hasilnya dalam beberapa hari saya da pandai bawa beskal. ekekeke... saya tak kisah kaki sy berdarah yang penting sy da pandai bawa beskal dan boleh jalan pegi mana2. pernah sekali sy bawa beskal pastu ada hanjing gila kejar.. sy kayuh laju2, da la masa tu sy bru pandai, sekali terlanggar tiang sy terjatuh bersama dgn beskal itu, tp anjing tu tak gigit sy pula. dia duduk je tgk sy sambil jelir lidah (memang tabiat anjing tu jelir lidah, mungkin dia tengah gelakkan sy time sy tlanggar tiang tu. shit punya anjing gila).. hahaha, masa tu sy da nak nangis,nasib baik x luka mana2 cuma sakit la juga terlanggar tiang (beskal tu yg sakit akakakaka)... sy sumpah seranah anjing tu, betul2 sy benci... sy pun pulang rumah mcm xde apa2, lepas tu bru sy perasan yg rupanya2 kaki sy luka sikit kt bahagian lutut, ye la terlanggar, terpeleot lagi... tp lepas dari kejadian itu saya memang champion da bawa beskal, boleh lepas tangan lagi.., sy memang ganas!!

Masa sy darjah 3 ayah sy upgrade sikit beskal abang sy, ayah sy belikan pula mountain bike utk kitorg, yg ada gear tu...masalahnya beskal tu besar dan tinggi, dah la sy ni memang ketot kaki tak sampai kt pedal tapi ada hati juga nak bawa mountain bike, alhamdulillah sy berjaya juga bwa wlpn tak boleh duduk kt kerusi dia sbb kaki x smpai, apalagi terhenjut2 la bawa beskal, memang best, bila sy da besar n tinggi sikit sampai juga akhirnya. tengoklah berkat usaha sy yang tak putus2 sy boleh bawa jugak basikal besar. ok itu cerita pasal basikal. next story....

ini pula cerita pasal pokok jambu. dulu belakang rumah jiran kami ada sebatang pokok jambu, pokok jambu itu menjadi tumpuan kanak2 pada zaman itu untuk bertenggek, bergayut dan yg swaktu dengannya. sy pun tidak ketinggalan pada masa itu turut menceriakan pokok jambu itu, sy memang lasak bertenggek, memanjat, bergayut kaki kat atas kepala kat bawah, alah macam atlit gimrama tu. akakaka. sy memang super duper aktif masa tu. lepas tu kalau ternampak buah jambu petik trus makan kt atas pokok. memang hebat kan. (hello, sy manusia OK). dan memang pokok jambu itulah menjadi port kitorang dulu, bergelak tawa dgn kawan2. hahaha

bukan itu saja, sy juga pandai bermain guli, ini kes sy ikut abang sy la ni dengan kwn2 lelaki dia, sy suka join dorg, terus otomatik pandai main guli. walaupun kadang2 abang sy marah, dia x suruh sy join dorg. memang bengang la masa tu. lepas tu sy belajar plak main batu seremban, ini pun sy terer juga... ok la juga kan at least ini tidak melibatkan aktiviti fizikal lari sana sini, sy slalu bermain dengan jiran sebelah rumah... dulu sy suka kuar rumah suka berjalan, last2 ayah sy belikan kami set video game, yg dulu2 punya sblm wujudnya playstation ni, hahahaha jadi kurang la sikit kami punya perangai merayap suma ni, duduk rumah main game, tapi masa tu sy tak minat sangat main game ni, sy lebih suka berkawan dan berjalan kuar rumah, sy suka sesuatu yg mencabar.



ada sekali yang ni mak sy tak pernah tahu sampai skg. sy dengan sorg kwn sy perempuan jg la kitorang pegi mandi kolam, masa tu excited sangat, kitorang tak peduli masa tu kolam tu kotor/beracun atau tak,nasib baik tak dalam. bayangkan dari tgh hr sampai petang ktorg berendam dlm air berenang dengan penuh keasyikan (bukan reti berenang pun), last2 naik je gatal satu badan,garu punya garu luka la, mcm kena hiris2, sy takut kedapatan oleh mak sy.. mula2 ktorg kering kan baju dulu, supaya taklah ketara sgt mandi kolam lepas tu pulang. sampai rumah trus mandi. hahaha. mak sy perasa juga sy garu2 bdn dlm rumah, tp sy ckp kena gigit serangga. sebab kalau dia tau sy mandi kolam talipinggang la sy dapat. hr tu abang sy pernah kena sekali gara2 mandi sungai. hahahahaha.

masa pun semakin berubah menuju ke depan, umur pun semakin meningkat, sy da jarang da buat aktiviti lasak, cuma bermain sekitar kawasan rumah je, apalagi game zero point la, hahaha yang guna getah tu kasih sambung2 lompat2... ini lebih kepada game ppuan la... sy pun da start rajinkan diri pegi ke perpustakaan pinjam buku. buku2 cerita. hikayat hang tuah, dan cerita2 rakyat mcm pak pandir, pak kaduk, lebai malang dan yang sewaktu dengannya, lepas tu kemahiran membaca semakin meningkat sy pun start baca novel. masa sy darjah 4 first sekali novel sy baca adalah novel cinta. tajuk dia "CINTA KASIH DAN ASMARA". itu novel mula2 sy baca sy heran sbb banyak pkataan yg sy tak faham, contohnya 'tabrakan', 'kantor', 'mobil' ye la masih budak2 lagi kan... last2 bru sy tau yg novel itu ditulis oleh pengarang yg berasal dr indonesia (maria fransiska). huahuahua. tp cerita itu memang romantik.. hehehe.

ok la rasanya sampai sini dulu imbasan my childhood.. ada masa nanti sy cite lagi. ngantuk sudah, samapi berjumpa lagi... babaiiiiiiiiiiiiii

Assalamualaikum.

Apa Apa Je

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah bertemu lagi kita dalam ruangan ini. Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi memberi sy nafas utk hidup dalam dunia ini...

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seorang rakan saya yang sudi bersembang dengan saya semalam. banyak topik yang kitorang perbincangkan dari hal yg kecil sampailah ke isu negara. Wah ada bakat jadi pemimpin keeerrrr? ahakzzz, takde la, daripada cakap2 kosong baik bercakap pasal sesuatu yang bermanfaat/berpengetahuan.dan saya paling menang sebab tahan mata. hahahaha . bukan selalu bah.

apapun entry untuk kali ini saya bagi tajuk bebas, apa2 saja. Oklah, memandangkan saya belum ada apa2 idea untuk dikongsikan bersama saya upload gambar saya la sewaktu berjalan2 ke Kudat, the TIP OF BORNEO simpang mengayau..










Amcm?? cantik kan tempat ni, simpang mengayau ni terletak kira2 40km dari pekan Kudat,Sabah dan ini merupakan kali ketiga saya pergi sana. Tempat ni memang best dengan pantainya yang indah dan bersih. nak mandi pun boleh. Kalau tak tau Kudat tu kat mana bolehlah tengok Peta Negeri Sabah ku yang tercinta. hehehe. Walaupun masa ni sy kena sunburn tapi tetap seronok dapat tengok pantai dan makan bersama2 dengan keluarga yang tercinta. nanti lain kali saya akan datang lagi kt situ terus mandi biar la kulit terbakar, aiman tak kisahhh. OPPss jap ada org call...

Tuesday, July 5, 2011

IF ONLY..........................

JIKALAU AKU PUTUS CINTA....

Aku akan buat sesuatu yg 'bodoh'.... commit suicide!!!!
oh no, itu tak bodoh, itu jahanam namanya...

hurmmm kalau lah sy putus cinta saya akan buat beberapa langkah supaya saya tak lemah>> check it out!

pertama, smlm bila dia putuskan aku, remuk hatiku, jantung terasa jatuh. apa dah jadi ni? inilah permulaan hati aku terluka.

yang kedua, memang sakit, hati bagai dicucuk jarum yg tajam, bila hati aku lemah jarum itu aku dapat tembus hati aku.

ketiga, aku tak mau hati aku rosak dek kerana jarum yg tajam itu. what should I do?

keempat,aku kena fikir, kalau hati aku kuat jarum itu takkan dapat tembus hati aku.

kelima, banyak cara utk kuatkan hati. pegi karaoke, keluar dgn kawan2, bersukan, tengok movie takpun tgk lah 'maharaja lawak, atau apa2 je yg lawak... tp untuk lebih menguatkan lagi sudah semestinya aku ada pegangan agama. bak kata orang "sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan" , sucikan hati minta petunjuk. sebab biasanya org yg putus cinta hatinya sangat pedih, banyak dendam, jadi gelap, jadi semoga dgn memohon kepada yg Maha Esa hati jadi bersih. mampukah aku lakukan ini? tepuk dada tanya selera.

keenam, sebelum ni aku banyak layan lagu melankolik, lagu2 putus cinta mcm ni


aduh tambah sedih. mengalir airmata.. aku pun berfikir kenapa nak dengar lagu2 yg mcm ni, tambah hati aku sedih.. :( sepatutnya aku kena dengar lagu2 penguat semangat yg chicky2 gituuu, macam lagu ni>>>>


memang dunia belum berakhir bila putus cinta.. apa gunanya kawan kan..

ketujuh, hati aku semakin kuat. insyaAllah, jarum yg masih nak menyucuk hati aku tu semakin tumpul sbb hati aku dah kebal, ingat senangkah nk cucuk hati aku wahai jarum... lama kelamaan jarum tu patah tak mampu lawan hati aku, YESSSS aku menang!!!!! haahahahaha

kelapan, aku dah mula senyum, aku semakin kuat. dan aku mula memaafkan orang tu dan dah boleh terima kenyataan. walaupun masih ada sisa sedikit kt dalam hati tu. well tipulah kalau boleh lupakan dalam masa yang singkat kan.. tapi xpe... aku masih kuat lah..

kesembilan,aku dah dapat fokus. aku dah ada kehidupan baru. aku takkan ingat kisah lalu. biarlah terkubur mcm tu.

yg terakhir, aku rasa bersyukur sbb masih ramai lagi orang yg sayangkan aku, ibu bapa aku, kawan2 aku, adik beradik aku. hati aku dah sembuh aku dah dapat ketawa, hidup ceria dan tunggulah jodoh yang sebenarnya pasti akan datang kepadaku :)

KALAU SAJA.........................................

Friday, July 1, 2011

Suatu Masa Dulu

Assalamualaikum wbt,,
hi... hari ni sy x kemana2. duduk rumah je. ni saya nk kongsi kisah zaman sy skolah dulu.. hehehe pengalaman manis dgn kawan2, bestfriends sy dan semualah. termasuk cikgu2 sy yg sy kasihi walaupun dorg garang..

dah hampir 5 tahun sy meninggalkan zaman persekolahan saya.mestilah sy rindu.. masa sy tingkatan 1 dulu sy xtau pula yg skolah sy tu ada kelas aliran agama.. mula2 sy masuk kelas KMT je... baru start seminggu sy berada di tingkatan 1, then lepas tu ada pengumuman suma pelajar Muslim tingkatan 1 diwajibkan mengambil ujian kelayakan masuk aliran agama... berbekalkan sedikit ilmu yg saya ada dlm tulisan jawi, pembacaan al-Quran ok la.. sy x expect pun sy terpilih masuk kelas agama.. dlm masa yg sama sy ada kwn sekelas yg ktorg sama2 terpilih masuk kelas agama ni, jd sy x risau sbb ada jugak kwn, dan ktorg memang rapat sampailah skg ni.. ada dalam 29 org yg terpilih kalau sy x silap.

dah start belajar mula2 ok je, tp huh, ustaz yg ajar subjek arab tu sungguh mengerunkan garang dia. ktorg kna suruh hafal byk fi'il hahaha.. sy slalu kena denda sbb x hafal2.. memang susah kalau x minat masa tu. tp sy teruskan juga sampailah ke tingkatan 3...

hehehe nk cite ni, pasal kisah cintan cintun sy dulu2 masa skolah.. sy banyak dpt surat cinta, byk juga yg sy da buang dan ada yg sy simpan... sy simpan utk kenangan... sy upload sikit je la..




heheee ni surat dr seorang peminat sy hahahahahah (perasan tol la sy ni)..
ni la yg sy cite masa dulu tu yg bg sy hadiah dan slalu call telefon rumah sy...
dia dah capai cita2 dia nk jadi polis, alhamdulillah, dia da kawen atau tak itu sy tak pasti, tulisan tu bah, hahaha besalah dah kata cinta monyet, surat ni sy dapat masa sy tingkatan 2...




haaa surat ni pula sy dpt dr seorang lelaki yg entah sy x ingat pon siapa nama dia, masa ni sy berada d tingkatan 3 then lelaki ni tingakatn 5. seingat sy lelaki ni kirim surat kt sy nk minta maaf sbb dia da sakitkan hati sy... sepa suruh la dia punya perangai mcm tu, nak tau, free2 sy dpt fu** y** dr dia padahal sy langsung x kenal dia pun. kejadian tu sbnrnya mcm ni, kelas ktorg masa tu berdepan je, blok lain, kelas dia kt tingkat 2 sy plak tingkat 1 sy duduk paling hujung mcm tu jg dia, masa tu sy pandng2 la kelas dia bukan sy pandang dia pun.. dia tetiba je bg satu jari tu kt sy.. sy marah la. lepas tu sy buat surat bg dia, sy x ingat apa yg sy da tulis tp sy memang marah sgt masa tu, tanpa berlengah sy panggil kwn dia dan suruh bg surat tu kt dia... hahahaha memang padan la muka dia masa tu.. oh ya sy bru teringat sy bg gelaran kt dia "si itam".. hahahahha dia ni berkulit hitam manis, wlpn hensem tp perangai buruk, susah jugak kan. xde la. skg sy x marah lagi. itu sume time budak2... dah lama sy maafkan dia..






hehehehe, haa surat ni pula sy dpt dr seorang lelaki yg agak menakutkan juga, mana sy pergi dia ikut, takut sy... konon2 masa ni dia sgt sukakan sy, tp sy tak pernah terima cinta dia, ye la, kan sy memang tak mau bercinta time sekolah dulu. skg lain cite la. ermm dia suka sy dr form 4 sampailah habis tingkatan 5.. tp sy tetap x terima sbb sy tak suka, takkan nk tipu dia pula... wlpun dia ni slalu buat lawak kt sy, tolong belikan sy makanan d kantin skolah.. sy anggap kwn biasa je,, baca je la apa yg dia tulis.. and las but not least>>>>>>..........






surat ni pula datang dr seorang peminat sy jugak (huawkakakakakak) perasan!!!! ni lain cite skit, dia suka sy dr tingkatan 1 lagi, ktorg ni kira sekampung jgk la.. cuma dia kerja lain tempat.. after sy form 5 ktorg still contact, surat ni dia bg mula2 dia nak ngorat sy la ni. hihihihihi, tp sama juga la, sy x balas cinta dia, anggap mcm abang je... setiap kali raya mesti dia nk jmpa sy.. kdg2 jmpa kdg2 x jmpa.. dan skg dia dah pun kawennnnn. dah ada baby lagi... itu la kalau bukan jodoh namanya kan... apa pun sy sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka yg sudah berkahwin, biarlah sampai ke anak cucu.

Actually, ada lagi surat2 yg sy simpan tp malas nk upload, yg terpilih je sy upload... bestkan ingat kisah2 dulu masa skolah, indahnya masa tu, ramai kawan. hehe nk cite dulu sy ada seorang kwn ppuan. dia memang cantik, putih gebu, muka halus xde jerawat. memang lawa la.dia slalu tolong sy kalau sy ada masalah, lagi2 dlm pelajaran, atau pun bila sy gaduh ngan sesiapa hehe, dia lah yg back up sy. dia merupakan bestfriend sy smpai skg.. masa skolah dulu dia ada ramai peminat, sampai cikgu pun nk mengorat dia.. tp dia stick with one.. ktorg kwn dan memang sekelas dr tingkatan 1 sampai tingkatan 4.. masa form 4 dia pindah skolah.. hilang lagi kwn sy.. hehehe tapi xpe, sy memang ramai kawan, sy sayang kawan2 sy, dan sy tak pernah lupakan dorg..

ok la sy ada hal sikit, nk keluar pula. nanti sambung lagi daaaaaaaaaaaaaaaaaa....